Selasa, 11 Disember 2018

Family Day Legacy Ayah Muda 26 - 28hb Okt. 2018

Dah sebulan lebih berlalu.. baru ada ruang menulis di sini.. throwback kisah yang menjadi sejarah. Sempena majlis istiadat konvokasyen cik Niey (auntynye Arjuna)..

Bukan mudah untuk kumpulkan semua adik beradik dalam satu masa. Alhamdulillah..  dapat kata sepakat..

26hb Okt. 2018 : Seawal pagi bertolak, singgah sarapan sekejap di masjid keputeraan lojing, Cameron Highland. Berselera pulak makan rebut2, menu bihun goreng dan sandwich telur.

Lebih kurang jam 12 tengahari tiba di destinasi pertama Refarm @ refarm.com.my . Alhamdulillah, tak ramai pengunjung lain.. hari jumaat.. weekend kami kat Kelantan tp hari bekerja di negeri Perak.. So, tempat ni kami yang punyaa.. makan sampai kenyang bawa bekalan dari rumah siap2. (Sah2 menu istimewa tradisi legacy ayah muda - nasi minyak ala2 nasi khoumok) maka santap ler kami duluan sebelum bermandi- mandian.

Kat sini ada disediakan 2 buah kolam, 1 kolam untuk dewasa dan 1 lagi untuk kanak- kanak. Serius air kat sini memang sejuk dan segar sebab air yang disalurkan ke kolam adalah air terjun dari gunung hutan simpan sebelah kolam tu.

Sebenarnya, ada juga disediakan aktiviti lain seperti berbasikal, paddle boat dan lain- lain. Selain tu untuk penggemar haiwan,  ada juga disediakan mini zoo untuk dijelajah. Namun kami amik masa agak lama di kolam. Kebetulan sebaik lepas mandi, hujan turun selebatnya.. so, x sempat daa nak pusing2 kawasan sekitar. Terus kemas dan keluar ke Ipoh, misi mencari homestay pulak.

Tiket masuk ke Refarm ni amat berpatutan.
Dewasa : RM 12.00
Kanak- Kanak : RM8
Warga emas : RM 8
Bawa makan masuk : RM10/group







Lewat petang, sampai jua kami kat homestay yang terletak di perumahan  Jalan Perpaduan, Ipoh. Malamnya, sempat bersteambot dan berBBQ kat homestay. Masak sendiri jer, alatan dan bahan mentah memang dah prepare dari rumah lagi. Alhamdulillah, badan penat, perut kenyang.. maka lenalah dengan tenang.

Hari ke2 (27/10/2018) :
Sebelum memulakan misi, mak2 prepare sarapan dan bekalan makanan untuk sepanjang hari tu. Makan kenyang2 dan bawa lagi bekal untuk makan tengahari.

Destinasi pertama hari kedua kami ialah Taman Rekreasi Gunung Lang. View kat sini memang cantik. Tepi gunung tu terdapat sebuah tasik yang agak luas, dalam tu banyak ikan2 bersaiz besar muncul di permukaan air. Santai sangat.. tak sah lahkan datang situ tak naik bot... beratur panjang jugak la untuk dapat giliran naik bot.. tiket? Alamak,x tahu la pulak berapa sebab time tu sis in law kita yang lanjer..

Jelajah pulau dangan menaiki bot dan bot tu nanti akan tinggalkan penumpang kat pulau di tengah tasik tu. Kat situ ada tempat santai2,  ada mini zoo jugak.. blh la nengok burung unta, rusa dan lain2. Bagi yg nak berbasikal ronda2 sekitar pulau tu pn boleh.. ada di sediakan perkhidmatan sewa basikal kat situ. Kami balik semula ke jeti lebih kurang jam 2 ptg. Dah kebetulan ngan time makan tengahari, kami cari port yang sesuai untuk buka bekalan makan tengahri.


Selepas settle isi perut semua, bergerak ke destinasi seterusnya, zoo taiping. walaupun kami dah beberapa kali ke sana, tp demi memenuhi hasrat ayahanda mertuaku nak nengok pe benda ada kat sana, maka bergegas la ke sana... tak banyak berubah, pusing2 zoo sampai la hampir jam enam petang.. terus balik ke homestay.. badan dah penat sangat daa.. seharian jenjalan.. 

Apapun, malam tu sempat jugak keluar pusing2 bandar Ipoh. Search punya search tempat yg blh cuci mata memalam, kuar ler uptown Ipoh... adoii... penat kaki menapak sepanjang uptown.. mencari kelainan. Asyik benda yang sama jer dijualnya... sayangnya, x der satu pun gerai yang jual makanan ringan dan air untuk hilangkan haus berjalan.. last2 terpaksa cari 7e utk dapatkan segelas air.. puas hati.. huhu.. terus balik homestay dan zzzzz.

Hari ke3 (28/10/2017) :

Acara kemuncak, hari konvokesyen auntynye arjuna (cik Niey) di ILKKM Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta Perak. Sebelum ke sana, sempat ler melencong ke Ipoh Mural Art. Tempat berseni.. nak posing2 blh ler. Walaupun tempat agak tersorok di bahagian belakang2 bangunan, ada jer pengungjung yang datang bergambar kat situ termasuk ler rombongan kami.. 

Sementara masa masih ada, kami meneruskan misi jelajah yang tersisa..  singgah sebentar di Gua Kek Look Tong. Selain dari acara keagamaan, gua ni dibuka juga untuk kunjungan orang ramai untuk melihat keindahan ciptaan Allah.. dengan melihat dari dekat stalagmit dan stalatit yang ada di dalam gua tersebut.


Selepas jam 2 kami terus ke ILKKM. Dan jam 6 petang istiadat konvoksye tamat sepenuhnya dan kami bertolak balik ke Kelantan lebih kurang jam 11 malam selepas berhenti makan dan minum sebelumemulakan perjalanan. Sekiancatatan perjalanan kami kali ni.. sebagai bacaan dan kenangan suatu masa nanti.  



Sabtu, 8 Disember 2018

Camping : Pantai Sri Tujuh, Tumpat Kelantan

   9hb Sept. 2018 Sampai pesisir pantai Sri Tujuh dah agak petang.. tak rancang pun nak menginap dan bercamping kat situ malam tu. Kebetulan kawan dan family dia dah bersiap sedia untuk menginap kat situ, so, kami sekeluarga pun ter'camping' tanpa sengaja (Sib baik beg baju ank2 sentiasa ada dalam keta), on terus..

Malam tu, menu makan malam kami memang wow la... nasi panas + ikan gelama goreng segar dari laut (hasil memancing petang tu).. Berselera makan tak paling kiri kanan.. Gambar?? Alaa.. excited sangat time tu lupa snap gambar.

Alhamdulillah, serius enjoy.. malam tu jugak kami sempat berBBQ, bakar tiram, kepah dan udang kara.. first time la mama tgk dan belajar cara kutip kepah (lupa nak snap gambar kepah). Tiram dan udang kara tu mama tak sempat belajar dan tengok caner diorang kutip, sebab kami sampai dah petang, diorang dah siap bawa balik hasil tangkapan daa..


Makan-makan ler kami sampai kekenyangan.. yang geng boboi termasuk ler abahnye dan juga arjuna kami.. merayap ke pesisir pantai tangkap udang.. smpai jam 2 pagi.. meriah aii.. kat sini.. ramai jer orang mencari hasil tangkapan laut walau fajar dan nak 
menjengah.. 

Lena kami tidur beralaskan plastik berbumbungkan langit.. berteduhkan ranting dan daun pokok rhu. Ngan baby Hazeiq sekali tido berembun (sib baik tak demam kamu nak, time nih umur dia baru 5 month). 


Fajar pagi dah mengintai, santapan tak yah citer la.. lauk fresh hasil penat lelah tangkapan semalam wey.. tarraa.. tu la hasilnya, sampai jam 2 pagi diorang jelajah pesisir pantai. Udang, ikan gelama dan kepah.. sudah cukup membuka selera santapan pagi kami.. mengalahkan makan tengahari.


Matahari dah meninggiasih ada yg membungkam

Ni muka budak baru bangun tido, macam dia plk yg turun kelaut


Hah..mandi la.. apa lagi, baby? abah 

Tak puas 2 hari 1 malam kat sini... tengahari dah siap2 nk balik.. memang happy sangat kat sini, bamyak benda baru yang kami dapat belajar. Insya allah, ada kelapangan nanti kami akan datang lagi ber'camping' kat sini.

Sabtu, 30 Jun 2018

CORETAN AIDILFITRI 1437H (4hb Julai 2016)

Sebenarnya peristiwa ni dah menjadi sejarah dalam hidup kami. Tahun ini (2018) merupakan syawal ke3 kami meninggalkan khabar duka itu. Kesibukan masa, membuatkan kisah ini tergantung camtu jer (x sempat  mama nak karangkan).

Ramadhan dah berlalu.. syawal pn dah pun bertandang.. dalam senyum ada khabar duka..

Kejadian ngeri melibatkan 3 buah kenderaan.. sebuah lori,dan 2 buah kereta (salah satunya kereta kami - Perodua Alza).

Kejadian berlaku 3 hari sebelum menjelang hari raya aidilfitri pada 4/7/2016 jam 1.30 pagi. Time tu hubby ngn kawan dia jer dalam keta.. mama dan arjuna tinggal umah. Walau apapun, kami bersyukur sangat2 kerana hubby selamat dan hanya cedera ringan jer..  Alhamdulillah..





Newborn cinta hati kami

Waaa.. dah setahun lebih mama tak godek blog ni. Sawang, habuk semua ada.. Dah masuk tahun baru 2018 dah.. dan dalam tempoh itu, mama ada kisah baru dengan baby baru..

Alhamdulillah, dikurniakan seorang lagi ADAM baru pengerat kasih sayang kami. Maka Adams kami dah ada 4 sudaaaah.. syukur.. moga kalian menjadi anak anak yang baik dunia dan akhirat..

Hari ni saat mama menulis, baby baru yang kami namakan sebagai Mohamad Adam Hazeiq di lahirkan jam 5.30 pagi seberat 3.6kg, baru berumur 32hari. Mama selit gambar baby Hazeiq kat sini untuk kenangan.

Time ni baby hazeiq baru 21 hari..  majlis cukur jambul umah tok mek.
Botak sudahhh.





Sekejap jer masa berlau, baby Hazeiq dah nak masuk 3bulan dah pada 6/7/2018... 
Hari ni mama sambung catatan ini (1/7/2018).. baby Hazeiq baru balik jumpa kakak mici.. inject 3m 
Chubby kan.. berat baby hazeiq 7.1kg

Dan lusa, 4/7/2018.. mama akan kembali kerja.. Baby Hazeiq tinggal sekejap umah umie pengasuh yer. 

Sayang Arjuna beta.. Adam Nazeil, Adam Fahmie, Adam Zikrie dan Adam Hazeiq... 

Sabtu, 25 Februari 2017

(NAMI ISLAND RESORT) PANTAI SENOK, TAWANG BACHOK

Sambung sedikit lagi alkisahnya percutian bajet kami minggu lepas. Selepas check out dari Raja Dagang Resort, kami meneruskan perjalanan mencari satu tempat yang kononya viral.. huhu.. nak juga tengok dan alami  sendiri ke-viral-an nya..

PANTAI SENOK, TAWANG, BACHOK

Itulah dia tempatnya yang di viral- viral kan dengan nama jolokan Pulau Nami Malaysia @ Nami Island kat Korea nun.. Keindahan pokok rhu yang tersusun dan menyejukkan mata memandang menjadikan ianya  satu destinasi yang cantik dan sesuai untuk photoshoot. 

Perjalanan dari Tok Bali untuk sampai ke sini lebih kurang setengah jam jer.. terletak di Tawang, Bachok Kelantan. 



             
                Kutip cengkerang.. kutip cengkerang..








Sayangnya.. kenapa tempat tu tak dimajukan setaraf namanya yang gah.. di pesisir pantai keadaan agak tidak terurus. Mama tak nak hurai pasal tu.. spoil mood pulak nanti.. apapun, hajat dah kesampaian untuk jejak kaki ke Nami Island ni..














Kalau dibangunkan resort kat sini, lumayan kottt.. sebab nama dah ada.. tinggal lagi majukan jer.. Habis ler ceritanya Nami Island tu... Siapa yang belum datang, boleh ler datang.. posing- posing..



Rabu, 22 Februari 2017

TOK BALI, PASIR PUTEH

Mr. Pilot saya bercuti panjang.. emm, nak g mana yer, arjuna pun dah bersungut.. dah lama tak jenjalan. Bisik- bisik ngan Mr. Pilot ke mana kita kali ni nak menyantuni arjuna. Try ler usha tempat- tempat percutian bajet dalam negeri kelahiran sendiri.. nak save bajet semaksima yang dapat.

Bertolak dari rumah seawal pagi sebab plannya sebelum check in resort tu kami nak singgah bermandi- manda kat pantai sekitar Tok Bali dulu. Sayangnya.. sampai di tepian pantai Bisikan Bayu pada jam 11.30 pagi.. cuaca panas terik, ombak pun macam besar jer.. takut lak nak mandi. so, terpaksa ler batalkan niat suci nak bermandi manda kat pantai.. nak tunggu check in kul 2 petang, kami jelajah jer la pantai - pantai sekitar Tok Bali tu.. Sedut sepuas- puas angin pantai..  

Kami berlima di Pantai Tok Bali
Nazeil, Fahmie dan Zikrie









Adam Zikrie tengah buat apa tu??























Ini khojernya budak kecik ni - kutip cengkerang

Abang Nazeil dan Zikrie

Selepas makan tengahari dan solat jumaat, terus ke resort, cuaca agak terik.. nak jenjalan pun tak berapa best dah.. Kami pilih Raja Dagang Resort, Semerak, Pasir Puteh  untuk kami menginap.. Oleh kerana belum pernah jejak kaki kat resort ni, tawakkal jer la.. best ke tak. U allss nak tau best ke tak?? baca sampai abis..

Kat receiption
Keadaan bilik ok.. berpatutan ngan bajet kami dan selesa. Cuma iron ngn kettle tak der pulak di sediakan. Teh uncang dan creamer ada jer.. huhuhu.. 


Acara yang ditunggu- tunggu oleh arjuna... main air lerrr. keluar dari bilik tu kena menapak sket ler ke kolam.. tak der la jauh sangat.. Alhamdulillah.. sampai kat kolam, langsung tak der orang.. apa lagi.. kolam itu kami yang punya...


Zikrie kat kolam kanak- kanak




Kat sini ada di sediakan 3 buah kolam untuk kanak- kanak, dewasa dan jaccuzi. Air pun jernih dan bersih jer nampaknya.. bermandi- mandian lah kami semahunya.. 


amboi.. berenang ke tu?






Mahu tak puas hati mandi kolam.. dari jam 3 petang sampai 6.15 petang.. huhu. dari tak der orang sampai ler penuh kawasan kolam tu dengan pengunjung.. kebetulan hari tu ada cikgu sekolah adakan family day. 







Balik bilik dulu tuk bersihkan diri dan solat asar. kami ada janji temu dengan seseorang jam 6.30 ptg. menapak kami sekali lagi ke kawasan kolam tadi, bukan tuk mandi, tapi dekat- dekat kolam tu ada satu pengkalan bot. Acecerr... 

cantik sangat sun shine kat pulau Burung ni




Nak naik bot la, jelajah Pulau Burung. tambang bot pun amat berbaloi- baloi, hanya RM7 (dewasa) dan RM5 (kanak- kanak).


Jam 6.30 petang kami naiki bot.. rasa excited sangat nak tengok apa yang ada kat sana. 








Wowww.. amazing.. banyak sangat camar putih bertenggek- tenggek di dahan pokok bakau. sekali abang bawa bot tu tepuk tangan,  berpuluh- puluh ekor burung berterbangan. CANTIK dan KAGUM saya melihatnya.




Setengah jam penjelajahan kami meneroka keindahan alam, Alhamdulillah, cantiknya kurniaan tuhan.









Dekat maghrib kami sampai ke bilik, lepas isyak.. keluar lagi kami mengisi perut. pihak resort ada bagi discount voucer sebanyak 20% untuk kami makan di medan ikan bakar kat jalan ke Tok Bali, lupa pulak kita nama kedai nya.. yang penting.. murah sangat- sangat.. kami makan 5 beranak ( 2 pinggan nasi kerabu + 2 set chicken chop + 5 gelas ais)  baru kena RM19.00 selepas discount. murahkan?? alhamdulillah.. makanan pun boleh tahan jugak la sedapnya.. gambar? lupa nak snap lak aih.. makanan sampai terus ngapp.


Esoknya selepas bekpes, Sebelum check out sempat lagi arjuna mandi kolam,.. menggigil bibir, tahan aje diorang ni.. pepagi dah mandi kolam..

Lupa nak bagi tau.. bayaran untuk bekpess  RM15/2 orang (dewasa) kanak- kanak RM5 jer.. menunya boleh tahan la, kenyang perut.. huhu  Bihun, mee dan nasi goreng. ada juga plus- plus roti bakar letak jem.

Bagi kaki pancing.. resort ni is the right place.. nak mancing memang selesa. Kolam pancing disediakan di tengah- tengah resort. Suami saya bukan kaki pancing, so kami  lalu jer kat tepian kolam tu.. tengok jer orang memancing.

Lengkap sudah percutian bajet kami selama 2 hari 1 malam. apapun kami ENJOY.. Alhamdulillah.




Lama tak jenguk ke sini.. kekangan masa dan kerja membantutkan usaha mama untuk mencoret kenangan di laman ini.. biar dah lama dan bermacam- macam peristiwa berlalu,  tapi mama nak juga selit kat sini agar peristiwa yang di lalui tetap utuh tersimpan dalam ni untuk tatapan di masa hadapan.

CAMERON HIGHLAND, PAHANG

Sesekali tukar udara.. ke tanah tinggi Cameron, tapi tempat ni tak der la sejuk sangat seperti dulu- dulu.. biasa- biasa aje.. perjalanan dari Gua Musang ke tanah tinggi amik masa lebih kurang 1 jam 40 minit  jer.. 

Terus ke tanah tinggi, menjenguk ladang teh sekejap.. kalau ke Cameron tak jenguk ladang teh rasa cam tak sah jer.. 
Singgah jap kat Bharat Plantation

Kami bawa bekal siap- siap dari rumah dan berhenti makan di taman rekreasi Tanah Rata. Selesa pulak makan kat sini, buka bekal kat meja yang disediakan, menikmati nasi ulam budu ngan angin sepoi- sepoi bahasa, tenang dan menyelerakan.Lupa pulak nak snap gambar masa makan tu.. laporr agaknya.. Kat bawah ni ada sket gambar taman rekreasi tempat kami berhenti menjamu selera.. Semua dah kenyang.. tu yang possing sakan.






Tak banyak sangat tempat yang kami singgah, sebab kami dah beberapa kali datang sini.. sempat ler singgah  di satu tempat ni yang sebelum ni kami tak tau kewujudannya.. acecece..  huhu.. Kami singgah di Taman Agroteknologi MARDI. Bayaran tiket masuk RM3 (dewasa) dan rm1.50 (kanak- kanak).. berbaloi la.. kat dalam ni ada macam- macam jenis pokok yang rata- rata ada kat lain tempat di sekitar Cameron. So, kalau malas nak berehnti banyak- banyak tempat, kat sini pn dan memadai.. tapi pokok teh tu tak der la ya.

Kat sini juga ada jual pokok- pokok bunga dan barang- barang jualan lain macam kat tempat lain juga la.. so, kalau nak membeli buah tangan tu, kat sini pun dah ada.. 


Arjuna

Mama ngan Abah nak possing jugak
bersama arjuna













Lepas abis jelajah kat Taman Agroteknologi MARDI tu, kami bergerak turun... sebelum meneruskan perjalanan balik, singgah sekejap kat tepi jalan yang banyak deretan kedai tu,  beli jagung mutiara dan ubi keledek..


GUA MADU, KAMPUNG BATU PAPAN, GUA MUSANG

Sesekali bawa arjuna menyantuni alam. kami bawa diorang ke kaki bukit batu. tempat ni dekat jer ngan kediaman kami, tapi jarang sekali menjengah ke sini.. ianya di namakan sebagau 'Gua Madu' yang terletak di kampung Batu Papan dalam daerah Gua Musang. 

Apa yang unik kat sini?? Ianya terletak di kawasan agak terpencil. Deretan gunung yang di dinding- dindingnya terdapat tompokan- tompokan  sarang lebah yang bergantungan.. sebab tu lah agaknya tempat ni di beri nama jolokan yang sedemikian. 

Pengunjung ke sini kebanyakan orang tempatan, mungkin orang luar belum ramai yang mengetahui kewujudan tempat ni. terdapat sebuah kedai makan dan medan ikan bakar kat sini, dari segi rasa, khabarnya boleh tahan jugak.. saya sendiri belum pernah merasa.. huhu..

Di tepi deretan gunung ini, terdapat sebatang sungai. kalau dulu saya pernah datang bawa anak mandi manda kat sini, airnya sejuk dan tak lah dalam sangat.. sesuai untuk budak- budak. tapi masa saya pergi kali ni, tak der nampak pulak orang mandi.. mungkin kerana musim hujan kot.. tak sesuai untuk mandi.. 

Diorang??? emmm.. ke mana jer tempat yang kami bawakan, mesti teruja dan nak explore.. 


Kat atas tu ada pintu gua.. kalau berani boleh jer masuk.

Hamboiiii nakkk..