Sebenarnya peristiwa ni dah menjadi sejarah dalam hidup kami. Tahun ini (2018) merupakan syawal ke3 kami meninggalkan khabar duka itu. Kesibukan masa, membuatkan kisah ini tergantung camtu jer (x sempat mama nak karangkan).
Ramadhan dah berlalu.. syawal pn dah pun bertandang.. dalam senyum ada khabar duka..
Kejadian ngeri melibatkan 3 buah kenderaan.. sebuah lori,dan 2 buah kereta (salah satunya kereta kami - Perodua Alza).
Kejadian berlaku 3 hari sebelum menjelang hari raya aidilfitri pada 4/7/2016 jam 1.30 pagi. Time tu hubby ngn kawan dia jer dalam keta.. mama dan arjuna tinggal umah. Walau apapun, kami bersyukur sangat2 kerana hubby selamat dan hanya cedera ringan jer.. Alhamdulillah..





Tiada ulasan:
Catat Ulasan