Rabu, 25 November 2015

RAHSIA SURAH AL-WAQIAH


Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
 



 

Isnin, 23 November 2015

Jalan- jalan vILLA dANIALLA..

Alhamdulillah, dah agak lama tak menitip khabar kat sini.. kekangan masa amat cemburu ngan kami.. namun dalam kesibukan sempat jugak selit- selit percutian tanpa dirancang.. huhu.. sempena cuti  hari Keputeraan Sultan Kelantan hari tu.. kami berpeluang menjengukan diri ke tempat ni.. VILLA DANIALLA, Kandis Bachok, Kelantan.. Walaupun tempat ni berada dalam negeri kelahiran sendiri, tapi ni la first time jejak kaki.. 
Arjuna beta???  tak payah cakap la.. memang teruja sangat- sangat.. ada pantai, ada kolam renang... lengkaplah percutian diorang.  
Tak dapat pergi Bali, Tok Bali pun jadi la..hahahaha..  ala-ala Maldives tu ada la sket-sket..

Suasana pantai kat sini memang menarik dan mendamaikan jiwa.. kolam renang pun dekat ngan pantai.. sangat lah santai... 





Em... sementara Arjuna tengah syok berendam kat kolam renang tu, sempat ler kami posing sket.. 

 
Bagi yang nak berkuda, perkhidmatan sewa kuda ada disediakan kat sini, x kira masa kot.. sebab waktu pagi pun ada... petang pun ada jer kuda melilau-lilau kat tepian pantai ni. kalau tak silap sewa kuda dalam RM50.00 sejam.


 Ni haaaa... keadaan kolam kat sini... ok la.. kolam ni mengadap terus ke pantai. Bahagian  bawah tu disediakan tuk kanak- kanak, kat atas tu untuk dewasa.. memang dalam la airnya.. 

Bilik penginapan.. tapi kami tak amik bilik ni..
Alahai... ni masa kat depan bilik penginapan kami




Nak cerita pasal bilik penginapan.. kadar sewanya agak mahal sket.. tapi ok la.. sebab suasana bilik agak luas (lupa nak snap gambo), bilik air pun memang luas...  so far.. kesimpulanya.. ok la jugakk..

Arjuna Beta : Angah, Abang dan Adik
Adik ngan aksi otomennya
Angah dah tunjuk skill... hahaha



Abang dan Adik




Gambar atas tu adalah view sepanjang jalan dari bilik penginapan ke pantai dan kolam mandi yang kami cerita kat atas tadi tu.. cantik jugak view kat sini.. 


Alhamdulillah... selesai percutian kami selama dua hari satu malam kat sini.. Apapun... kami enjoy...