CAMERON HIGHLAND, PAHANG
Sesekali tukar udara.. ke tanah tinggi Cameron, tapi tempat ni tak der la sejuk sangat seperti dulu- dulu.. biasa- biasa aje.. perjalanan dari Gua Musang ke tanah tinggi amik masa lebih kurang 1 jam 40 minit jer..
Terus ke tanah tinggi, menjenguk ladang teh sekejap.. kalau ke Cameron tak jenguk ladang teh rasa cam tak sah jer..
![]() |
| Singgah jap kat Bharat Plantation |
Kami bawa bekal siap- siap dari rumah dan berhenti makan di taman rekreasi Tanah Rata. Selesa pulak makan kat sini, buka bekal kat meja yang disediakan, menikmati nasi ulam budu ngan angin sepoi- sepoi bahasa, tenang dan menyelerakan.Lupa pulak nak snap gambar masa makan tu.. laporr agaknya.. Kat bawah ni ada sket gambar taman rekreasi tempat kami berhenti menjamu selera.. Semua dah kenyang.. tu yang possing sakan.
Tak banyak sangat tempat yang kami singgah, sebab kami dah beberapa kali datang sini.. sempat ler singgah di satu tempat ni yang sebelum ni kami tak tau kewujudannya.. acecece.. huhu.. Kami singgah di Taman Agroteknologi MARDI. Bayaran tiket masuk RM3 (dewasa) dan rm1.50 (kanak- kanak).. berbaloi la.. kat dalam ni ada macam- macam jenis pokok yang rata- rata ada kat lain tempat di sekitar Cameron. So, kalau malas nak berehnti banyak- banyak tempat, kat sini pn dan memadai.. tapi pokok teh tu tak der la ya.
Kat sini juga ada jual pokok- pokok bunga dan barang- barang jualan lain macam kat tempat lain juga la.. so, kalau nak membeli buah tangan tu, kat sini pun dah ada..
![]() |
| Arjuna |
![]() |
| Mama ngan Abah nak possing jugak |
![]() |
| bersama arjuna |
Lepas abis jelajah kat Taman Agroteknologi MARDI tu, kami bergerak turun... sebelum meneruskan perjalanan balik, singgah sekejap kat tepi jalan yang banyak deretan kedai tu, beli jagung mutiara dan ubi keledek..
GUA MADU, KAMPUNG BATU PAPAN, GUA MUSANG
Sesekali bawa arjuna menyantuni alam. kami bawa diorang ke kaki bukit batu. tempat ni dekat jer ngan kediaman kami, tapi jarang sekali menjengah ke sini.. ianya di namakan sebagau 'Gua Madu' yang terletak di kampung Batu Papan dalam daerah Gua Musang.
Apa yang unik kat sini?? Ianya terletak di kawasan agak terpencil. Deretan gunung yang di dinding- dindingnya terdapat tompokan- tompokan sarang lebah yang bergantungan.. sebab tu lah agaknya tempat ni di beri nama jolokan yang sedemikian.
Pengunjung ke sini kebanyakan orang tempatan, mungkin orang luar belum ramai yang mengetahui kewujudan tempat ni. terdapat sebuah kedai makan dan medan ikan bakar kat sini, dari segi rasa, khabarnya boleh tahan jugak.. saya sendiri belum pernah merasa.. huhu..
Di tepi deretan gunung ini, terdapat sebatang sungai. kalau dulu saya pernah datang bawa anak mandi manda kat sini, airnya sejuk dan tak lah dalam sangat.. sesuai untuk budak- budak. tapi masa saya pergi kali ni, tak der nampak pulak orang mandi.. mungkin kerana musim hujan kot.. tak sesuai untuk mandi..
Diorang??? emmm.. ke mana jer tempat yang kami bawakan, mesti teruja dan nak explore..
![]() |
| Kat atas tu ada pintu gua.. kalau berani boleh jer masuk. |
![]() |
| Hamboiiii nakkk.. |
















Tiada ulasan:
Catat Ulasan