Ahad, 6 September 2015

ILHAM PERFUME 
  • Ilham Perfume di botolkan dalam bentuk stik yang cute dan senang untuk dibawa.
  • Setiap stik  9ml (140 kali sembur)
  • Harumannya boleh bertahan sehingga 8 jam.
  • HARGA??? murah jer, memang berbaloi- baloi... Hanya RM15.00/ stik 
 
Kami mengalu-alukan penyertaan agen. contact mama Adam's tuk info lanjut yerk. 019-9780162

Rabu, 2 September 2015




Mama nak cerita satu tempat yang sesuai tuk mandi manda.. airnya tak dalam dan tidaklah cetek.. Tempat ni di Kuala Krai, Kelantan. Dari kuala Krai,  boleh masuk simpang Batu Balai untuk ke Kg. Sungai Pas. Tapi, kami ikut jalan kampung jer.. dari kg. Peria, Temalir, Mengkebang than smpai la ke Kg. Sungai Pas tu. Perjalanan tuk sampai sana  lebih kurang dalam  20 minit jer.

Alhamdulillah, hakikatnya... walaupun tempat ni dekat jer ngn kg halaman kami, ni lah baru first time jejak kaki ke sini. ternyata sangat mengkagumkan.. sejuk, nyaman dan cukup selesa. Cuma jalan masuk ke air terjun ni agak sempit dan perlu berhati- hati. 

Syok jer Arjuna Beta mandi manda... 


Airnya memang sejuk.. tempat tuk berBBQ pun ada..  tapi sewaktu ke sini kami tak bawa pape bahan BBQ pun.. sebab tak jangka pun nak datang sini.. bawa jajan dan air jer.. lain kali datang boleh prepare tuk BBQ la.. 
Cuma lepas mandi tu nak tukar baju susah sket ler,.. tandas@ bilik persalinan tu ada tp dah nazak.. mungkin tak der orang jaga kot.. nak tukar baju, pandai- pandai la ya..

Selasa, 1 September 2015

PERCUTIAN KE PULAU PANGKOR. 
Masa amat cemburu.. tak berkesempatan untuk update blog.. mama nak share percutian kami ke Pulau Pangkor beberapa bulan yang lalu. Kami pergi sana time cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agung. 
Menapak dengan penuh excited untuk menaiki feri dari Jeti Marina ke Pulau Pangkor..
Tambang feri memang berbaloi- baloi... RM10 jer tuk dewasa RM5 tuk kanak- kanak (pergi dan balik).


Kami sewaktu dalam feri ke Pulau Pangkor.. perjalanan tak sampai 15 minit jer dah sampai ke Jeti Pulau Pangkor. Memang teruja sebab kami tak pernah merasai nikmat bercuti di Pulau... alhamdulillah.. anak- anak lagi la seronok.. 

Dari jeti Pangkor, kami menyewa sebuah van teksi untuk sampai ke tempat penginapan. tambang van teksi tersebut dalam RM50 (1 van boleh muat 8-10 orang). Kat sini banyak sangat chalet.. pilih jer.. yang mana berkenan di hati.. saya pilih tuk menginap di Purnama Chalet, Teluk Nipah. Booking awal- awal lagi sebab takut penuh.. 
Dah check in, kami keluar amik angin petang jalan- jalan di sepanjang jalan kat kawasan chalet yang juga sepanjang pantai.. kat sini terdapat banyak dereten kedai jual cenderamata dan juga kedai- kedai makan.

 

Lepak seketika kat tepian pantai... tengok orang main speed boat dan banana boat.. 

Dah puas jelajah tepian pantai, deretan kedai dan makan malam sekali, maka menapak la kami balik semua ke chalet.. Rehatkan badan dulu..

Esoknya pagi- pagi lagi kami keluar jenjelan jelajah bahagian darat Pulau Pangkor. Kami menyewa  sebuah van teksi. tambang untuk satu trip jelajah ni lebih kurang RM80-100. 



Kami di bawa melawat kilang dan pusat jualan makanan laut seperti sotong kering, bilis dan banyak lagi (Gambar 1)..kami juga singgah  sekejap kat mini muzium (Gambar 2.. kat dalam ni ada ler serba sedikit barang- barang lama.. macam kuali lama, kukur kelapa dan lain- lain. Pakcik van teksi tu bawa kami singgah kat Tokong Fu Ling Kong (Gambar 3) dan itu lah ghoopernyer van teksi yang saya maksudnkan.. hehehe.. 
Pusat jualan makanan laut

Kemudian,  kami di bawa lagi ke Kota Belanda dan Dutch Fort.. dapat ler tengok senibina lama.. cantik la jgk.. 


Menariknya kat sini ada banyak jual  ikan buntal yang di awet.. cam gambar kat bawah ni ha.. cantik.. tapi nak buat apa ya?? hehehe.. saya tak beli pun.




 Jelajah kami  ke semua tempat tu amik masa tak sampai 2 jam.. enjoy la jugak.. yang penting pak cik van teksi tu mesra... suka bercerita dan bagi penerangan pasal tempat- tempat yag di bawa.. ala- ala pemandu pelancong gitu.. Kembali ke chalet, luruskan urat dan belikat sekejap.. sebelum memulakan acara kemuncak yang ditunggu- tunggu oleh Arjuna beta.. snockling..

3 petang.. kami menapak dari chalet ke pesisiran pantai. usha perkhidmatan sewa bot untuk bersnokeling. sewa bot dalam RM70 -100 (ikut musim). Alhamdulillah.. benar- benar enjoy, terasa indahnya ciptaan tuhan.. hebat.. bersnokeling, intai ank- anak ikan dan ketam.. ternyata satu pengelaman baru buat kami.. 

 Sekejap jer masa berlalu, santai- santai kami kat sini tengok jam dah kul 7.. call abang bot tu datang amik.. Sampai di pesisir pantai, terus tapau nasi, makan kat chalet jer.. semua kepenatan...  Lengkap lah 3 hari 2 malam percutian kami... esok pepagi lagi check out dan bertolak pulang...