Ahad, 28 Februari 2016



LANGKAWI

Dah lama tak jenjalan makan angin, sempena cuti tahun baru cina... kami plan percutian ke bumi Mahsuri, Langkawi.

Sampai  di jeti Kuala Perlis seawal jam 7.00 pagi. Masuk jer simpang ke jeti, beberapa buah motor dah follow kami, terkejut jugak masa tu... rupanya diaorang nak tawarkan khidmat parking kete.. huhu... Kadar sewa tempat parking kereta masa tu dalam RM10/hari. Menjangkakan percutian kali ni pasti penuh sesak ngan pengunjung yang sama- sama akan bercuti ke sana,  kami awal- awal lagi beli online jer tiket feri (http://ticket.langkawiferryline.com) Ngam-ngam ler.. tak perlu tunggu lama tuk naik feri.. jam 8.15 feri dah mula bertolak ke Langkawi. Perjalanan ke sana amik masa selama lebih kurang 1jam 15 minit.

Ni senarai kadar harga tambang feri

Sampai kat jeti Pulau Langkawi.. menapak lah kami di bumi Mahsuri.. Tak payah pening nak cari kete sewa pandu sendiri.. turun jer dari feri tu dah berduyun- duyun penyewa keta cari customer.. pilih jer nak yang mana...  kami masa tu amik kereta wira ngan kadar harga sewa RM60.00/hari.. ok lah tu... sib baik kami pergi sana sebelum musim kemuncak tahun baru cina iaitu pd 05hb-07 Feb 2016 dapat la ngan kadar harga sewa  biasa..alhamdulillah..

Sempat aje dia memain yer..
Menapak di Jeti Langkawi
Keta dah dapat, badan pun letih, mata pun ngantuk... cari homestay dulu... kami dah tempah homestay sebulan awal... nginap kat The BV- A Langkawi Homestay, Pantai Cenang. Ok la.. homestay ni... dikelilingi sawah padi.. udara segar dan nyaman.. memang betul- betul suasana kampung... sesekali dapt tengok kapal terbang mendarat dan berlepas..

Dari depan Homestay.. dapat lihat sawah padi dan flight



BV- A Langkawi Homestay
Alhamdulillah, Kadar sewa homestay  pun agak berbaloi- baloi.. hanya RM160/mlm.. Ada 2 bilik tidur ber 'air-cond' dan cukup- cukup selesa.

Selepas rehatkan badan sekejap, petang tu kami keluar ke Underwater world. tiket masuk kami dah beli online siap- siap sebab ingat orang ramai, malas nak beratur. rupanya bila datang sini x der orang pun.. huhu..apapun... Nazeil, Fahmie dan Zikrie memang enjoy kat sini.. tengok macam- macam hidupan laut  yang sebelum ni diorang hanya tengok kat tv jer. Alhamdulillah.. anak suka mama setuju..






Keluar dari Underwater world, jenguk jap kat 'Makam Mahsuri' emm... tengah renovate... kami tak masuk pun.. pusing- pusing kat luar tu jer.. cuci mata kat bazar depan tu.. tak der gambo ya, phone dah nazak baterinya..  Malamnya, kami pusing- pusing lagi... makan malam kat depan Plaza HIG dan  jenguk kat HIG sekejap.. terus balik zzzzz.. penat...

Esoknya, pagi- pagi terus ke tempat yang dinanti- nantikan.. Cable car (Skycab/skyrex)... alahai.. sesampainya kami kat sini.. terkejut jgk tengok berderet panjang beraturnya.. nak tak nak terpaksa ler beratur.. nasib badan ler.. nak beli online tak boleh pulak tiket cable car ni. Emmmm.. boleh tahan harga tiket kat sini... alang- alang dah sampai... dan demi si adik Zikrie yang belum jejak kaki ke sini.. tunaikan jugak..Cuaca hari tu memang baik.. kami selamat sampai ke puncak Gunung Mat cincang dengan jayanya walau pun berdebar dan gayat jugak sepanjang berada dalam cable car tu.. Dari atas gunung Mat Cincang dapat tengok pandangan yang sangat indah terasa kagum dengan ciptaan Ilahi.
 





Walaupun bayaran tiket agak mahal, tapi rasa berbaloi la.. sebab bukan jer dapat naik cable car, sementara tunggu giliran untuk naik cable car, dapat ler masuk 'Sky dome' konon- konon naik roller coster gitu.. huhu.. bagi yang ada penyakit gayat boleh ler nak berangan naik roller coster bila berada dalam sky dome nih..  
Ni hah kat atas kepala tu ghopernyer 'Sky Dome'

Selesai cerita 'Sky Dome' dan 'Cable Car', kat bahagian bawah ni ada 'Sky Rex'.. Kalau nak masuk awal- awal selepas beli tiket tu pun boleh sebenarnya.. tapi time tu bersusun pengunjung tengah  tunggu turn. tu yang kami terus ke Sky Dome dulu.

Wahhh.. Sky Rex memang amazing... walaupun sekadar  (entah berapa 'D' 3D ke 6D ke) tapi memang real jer.. masuk alam dinasour.. kuar jer memang jelas terpancar wajah enjoy pada anak- anak. Alhamdulillah.. 
Possing sket  depan Sky Rex


 Sebahagian hari ke-2 kami habiskan kat sini... lewat petang kami beransur ke tempat proses produk gamat 'Nusantara'. Kata orang tak sah la kan datang Langkawi tak beli produk gamat ni.. so, beli la sket- sket sebagai buah tangan tuk sanak saudara.



Tu dia... botol minyak gamat gergasi..

Jenguk jap tempat proses minyak gamat
Jeli Ibu Gamat
Ibu Gamat

 Dari Nusantara.. lajak sekejap ke Idaman Suri.. terapi wallet untuk mama.. ngeeee.. Emmmm... sabor lah duhai hati.. rambang mata jugak dibuatnya. dengan pinggan mangkuk, coklat yang pelbagai, cadar, baggasi dan lain- lain.. perghhhh.. sabar.. sabar..

















Emmm... amik angin  malam... kami pusing- pusing pekan Langkawi sehingga lewat malam, yang peliknya jam dah nak kul 12 mlm tp pasaraya kat sini masih rancak berurusniaga.. tak tido ke diorang nih?? Tak larat aih... balik tido ler...

Hari ketiga kami di sini.. destinasi terakhir sebelum meninggalkan bumi Mahsuri.. singgah di 'Dataran Lang'.. wah.. ramai jugak orang kat sini... jugak tengah renovate... Mercu tanda Langkawi... Melompat si adik.. tengok burung helang besar ni..

 Alhamdulillah... selesai perjalanan kami selama 3 hari 2 malam kat sini.. bertolak balik dari jeti langkawi  jam 1.30 petang.. insya Allah.. ada rezeki kami jenguk lagi..
Tiga Adam permata hati kami..
Kami... sewaktu dalam feri dari Langkawi ke jeti Kuala Perlis