Rabu, 22 Februari 2017

TOK BALI, PASIR PUTEH

Mr. Pilot saya bercuti panjang.. emm, nak g mana yer, arjuna pun dah bersungut.. dah lama tak jenjalan. Bisik- bisik ngan Mr. Pilot ke mana kita kali ni nak menyantuni arjuna. Try ler usha tempat- tempat percutian bajet dalam negeri kelahiran sendiri.. nak save bajet semaksima yang dapat.

Bertolak dari rumah seawal pagi sebab plannya sebelum check in resort tu kami nak singgah bermandi- manda kat pantai sekitar Tok Bali dulu. Sayangnya.. sampai di tepian pantai Bisikan Bayu pada jam 11.30 pagi.. cuaca panas terik, ombak pun macam besar jer.. takut lak nak mandi. so, terpaksa ler batalkan niat suci nak bermandi manda kat pantai.. nak tunggu check in kul 2 petang, kami jelajah jer la pantai - pantai sekitar Tok Bali tu.. Sedut sepuas- puas angin pantai..  

Kami berlima di Pantai Tok Bali
Nazeil, Fahmie dan Zikrie









Adam Zikrie tengah buat apa tu??























Ini khojernya budak kecik ni - kutip cengkerang

Abang Nazeil dan Zikrie

Selepas makan tengahari dan solat jumaat, terus ke resort, cuaca agak terik.. nak jenjalan pun tak berapa best dah.. Kami pilih Raja Dagang Resort, Semerak, Pasir Puteh  untuk kami menginap.. Oleh kerana belum pernah jejak kaki kat resort ni, tawakkal jer la.. best ke tak. U allss nak tau best ke tak?? baca sampai abis..

Kat receiption
Keadaan bilik ok.. berpatutan ngan bajet kami dan selesa. Cuma iron ngn kettle tak der pulak di sediakan. Teh uncang dan creamer ada jer.. huhuhu.. 


Acara yang ditunggu- tunggu oleh arjuna... main air lerrr. keluar dari bilik tu kena menapak sket ler ke kolam.. tak der la jauh sangat.. Alhamdulillah.. sampai kat kolam, langsung tak der orang.. apa lagi.. kolam itu kami yang punya...


Zikrie kat kolam kanak- kanak




Kat sini ada di sediakan 3 buah kolam untuk kanak- kanak, dewasa dan jaccuzi. Air pun jernih dan bersih jer nampaknya.. bermandi- mandian lah kami semahunya.. 


amboi.. berenang ke tu?






Mahu tak puas hati mandi kolam.. dari jam 3 petang sampai 6.15 petang.. huhu. dari tak der orang sampai ler penuh kawasan kolam tu dengan pengunjung.. kebetulan hari tu ada cikgu sekolah adakan family day. 







Balik bilik dulu tuk bersihkan diri dan solat asar. kami ada janji temu dengan seseorang jam 6.30 ptg. menapak kami sekali lagi ke kawasan kolam tadi, bukan tuk mandi, tapi dekat- dekat kolam tu ada satu pengkalan bot. Acecerr... 

cantik sangat sun shine kat pulau Burung ni




Nak naik bot la, jelajah Pulau Burung. tambang bot pun amat berbaloi- baloi, hanya RM7 (dewasa) dan RM5 (kanak- kanak).


Jam 6.30 petang kami naiki bot.. rasa excited sangat nak tengok apa yang ada kat sana. 








Wowww.. amazing.. banyak sangat camar putih bertenggek- tenggek di dahan pokok bakau. sekali abang bawa bot tu tepuk tangan,  berpuluh- puluh ekor burung berterbangan. CANTIK dan KAGUM saya melihatnya.




Setengah jam penjelajahan kami meneroka keindahan alam, Alhamdulillah, cantiknya kurniaan tuhan.









Dekat maghrib kami sampai ke bilik, lepas isyak.. keluar lagi kami mengisi perut. pihak resort ada bagi discount voucer sebanyak 20% untuk kami makan di medan ikan bakar kat jalan ke Tok Bali, lupa pulak kita nama kedai nya.. yang penting.. murah sangat- sangat.. kami makan 5 beranak ( 2 pinggan nasi kerabu + 2 set chicken chop + 5 gelas ais)  baru kena RM19.00 selepas discount. murahkan?? alhamdulillah.. makanan pun boleh tahan jugak la sedapnya.. gambar? lupa nak snap lak aih.. makanan sampai terus ngapp.


Esoknya selepas bekpes, Sebelum check out sempat lagi arjuna mandi kolam,.. menggigil bibir, tahan aje diorang ni.. pepagi dah mandi kolam..

Lupa nak bagi tau.. bayaran untuk bekpess  RM15/2 orang (dewasa) kanak- kanak RM5 jer.. menunya boleh tahan la, kenyang perut.. huhu  Bihun, mee dan nasi goreng. ada juga plus- plus roti bakar letak jem.

Bagi kaki pancing.. resort ni is the right place.. nak mancing memang selesa. Kolam pancing disediakan di tengah- tengah resort. Suami saya bukan kaki pancing, so kami  lalu jer kat tepian kolam tu.. tengok jer orang memancing.

Lengkap sudah percutian bajet kami selama 2 hari 1 malam. apapun kami ENJOY.. Alhamdulillah.




Tiada ulasan: