Sabtu, 25 Februari 2017

(NAMI ISLAND RESORT) PANTAI SENOK, TAWANG BACHOK

Sambung sedikit lagi alkisahnya percutian bajet kami minggu lepas. Selepas check out dari Raja Dagang Resort, kami meneruskan perjalanan mencari satu tempat yang kononya viral.. huhu.. nak juga tengok dan alami  sendiri ke-viral-an nya..

PANTAI SENOK, TAWANG, BACHOK

Itulah dia tempatnya yang di viral- viral kan dengan nama jolokan Pulau Nami Malaysia @ Nami Island kat Korea nun.. Keindahan pokok rhu yang tersusun dan menyejukkan mata memandang menjadikan ianya  satu destinasi yang cantik dan sesuai untuk photoshoot. 

Perjalanan dari Tok Bali untuk sampai ke sini lebih kurang setengah jam jer.. terletak di Tawang, Bachok Kelantan. 



             
                Kutip cengkerang.. kutip cengkerang..








Sayangnya.. kenapa tempat tu tak dimajukan setaraf namanya yang gah.. di pesisir pantai keadaan agak tidak terurus. Mama tak nak hurai pasal tu.. spoil mood pulak nanti.. apapun, hajat dah kesampaian untuk jejak kaki ke Nami Island ni..














Kalau dibangunkan resort kat sini, lumayan kottt.. sebab nama dah ada.. tinggal lagi majukan jer.. Habis ler ceritanya Nami Island tu... Siapa yang belum datang, boleh ler datang.. posing- posing..



Tiada ulasan: