Sabtu, 25 Februari 2017

(NAMI ISLAND RESORT) PANTAI SENOK, TAWANG BACHOK

Sambung sedikit lagi alkisahnya percutian bajet kami minggu lepas. Selepas check out dari Raja Dagang Resort, kami meneruskan perjalanan mencari satu tempat yang kononya viral.. huhu.. nak juga tengok dan alami  sendiri ke-viral-an nya..

PANTAI SENOK, TAWANG, BACHOK

Itulah dia tempatnya yang di viral- viral kan dengan nama jolokan Pulau Nami Malaysia @ Nami Island kat Korea nun.. Keindahan pokok rhu yang tersusun dan menyejukkan mata memandang menjadikan ianya  satu destinasi yang cantik dan sesuai untuk photoshoot. 

Perjalanan dari Tok Bali untuk sampai ke sini lebih kurang setengah jam jer.. terletak di Tawang, Bachok Kelantan. 



             
                Kutip cengkerang.. kutip cengkerang..








Sayangnya.. kenapa tempat tu tak dimajukan setaraf namanya yang gah.. di pesisir pantai keadaan agak tidak terurus. Mama tak nak hurai pasal tu.. spoil mood pulak nanti.. apapun, hajat dah kesampaian untuk jejak kaki ke Nami Island ni..














Kalau dibangunkan resort kat sini, lumayan kottt.. sebab nama dah ada.. tinggal lagi majukan jer.. Habis ler ceritanya Nami Island tu... Siapa yang belum datang, boleh ler datang.. posing- posing..



Rabu, 22 Februari 2017

TOK BALI, PASIR PUTEH

Mr. Pilot saya bercuti panjang.. emm, nak g mana yer, arjuna pun dah bersungut.. dah lama tak jenjalan. Bisik- bisik ngan Mr. Pilot ke mana kita kali ni nak menyantuni arjuna. Try ler usha tempat- tempat percutian bajet dalam negeri kelahiran sendiri.. nak save bajet semaksima yang dapat.

Bertolak dari rumah seawal pagi sebab plannya sebelum check in resort tu kami nak singgah bermandi- manda kat pantai sekitar Tok Bali dulu. Sayangnya.. sampai di tepian pantai Bisikan Bayu pada jam 11.30 pagi.. cuaca panas terik, ombak pun macam besar jer.. takut lak nak mandi. so, terpaksa ler batalkan niat suci nak bermandi manda kat pantai.. nak tunggu check in kul 2 petang, kami jelajah jer la pantai - pantai sekitar Tok Bali tu.. Sedut sepuas- puas angin pantai..  

Kami berlima di Pantai Tok Bali
Nazeil, Fahmie dan Zikrie









Adam Zikrie tengah buat apa tu??























Ini khojernya budak kecik ni - kutip cengkerang

Abang Nazeil dan Zikrie

Selepas makan tengahari dan solat jumaat, terus ke resort, cuaca agak terik.. nak jenjalan pun tak berapa best dah.. Kami pilih Raja Dagang Resort, Semerak, Pasir Puteh  untuk kami menginap.. Oleh kerana belum pernah jejak kaki kat resort ni, tawakkal jer la.. best ke tak. U allss nak tau best ke tak?? baca sampai abis..

Kat receiption
Keadaan bilik ok.. berpatutan ngan bajet kami dan selesa. Cuma iron ngn kettle tak der pulak di sediakan. Teh uncang dan creamer ada jer.. huhuhu.. 


Acara yang ditunggu- tunggu oleh arjuna... main air lerrr. keluar dari bilik tu kena menapak sket ler ke kolam.. tak der la jauh sangat.. Alhamdulillah.. sampai kat kolam, langsung tak der orang.. apa lagi.. kolam itu kami yang punya...


Zikrie kat kolam kanak- kanak




Kat sini ada di sediakan 3 buah kolam untuk kanak- kanak, dewasa dan jaccuzi. Air pun jernih dan bersih jer nampaknya.. bermandi- mandian lah kami semahunya.. 


amboi.. berenang ke tu?






Mahu tak puas hati mandi kolam.. dari jam 3 petang sampai 6.15 petang.. huhu. dari tak der orang sampai ler penuh kawasan kolam tu dengan pengunjung.. kebetulan hari tu ada cikgu sekolah adakan family day. 







Balik bilik dulu tuk bersihkan diri dan solat asar. kami ada janji temu dengan seseorang jam 6.30 ptg. menapak kami sekali lagi ke kawasan kolam tadi, bukan tuk mandi, tapi dekat- dekat kolam tu ada satu pengkalan bot. Acecerr... 

cantik sangat sun shine kat pulau Burung ni




Nak naik bot la, jelajah Pulau Burung. tambang bot pun amat berbaloi- baloi, hanya RM7 (dewasa) dan RM5 (kanak- kanak).


Jam 6.30 petang kami naiki bot.. rasa excited sangat nak tengok apa yang ada kat sana. 








Wowww.. amazing.. banyak sangat camar putih bertenggek- tenggek di dahan pokok bakau. sekali abang bawa bot tu tepuk tangan,  berpuluh- puluh ekor burung berterbangan. CANTIK dan KAGUM saya melihatnya.




Setengah jam penjelajahan kami meneroka keindahan alam, Alhamdulillah, cantiknya kurniaan tuhan.









Dekat maghrib kami sampai ke bilik, lepas isyak.. keluar lagi kami mengisi perut. pihak resort ada bagi discount voucer sebanyak 20% untuk kami makan di medan ikan bakar kat jalan ke Tok Bali, lupa pulak kita nama kedai nya.. yang penting.. murah sangat- sangat.. kami makan 5 beranak ( 2 pinggan nasi kerabu + 2 set chicken chop + 5 gelas ais)  baru kena RM19.00 selepas discount. murahkan?? alhamdulillah.. makanan pun boleh tahan jugak la sedapnya.. gambar? lupa nak snap lak aih.. makanan sampai terus ngapp.


Esoknya selepas bekpes, Sebelum check out sempat lagi arjuna mandi kolam,.. menggigil bibir, tahan aje diorang ni.. pepagi dah mandi kolam..

Lupa nak bagi tau.. bayaran untuk bekpess  RM15/2 orang (dewasa) kanak- kanak RM5 jer.. menunya boleh tahan la, kenyang perut.. huhu  Bihun, mee dan nasi goreng. ada juga plus- plus roti bakar letak jem.

Bagi kaki pancing.. resort ni is the right place.. nak mancing memang selesa. Kolam pancing disediakan di tengah- tengah resort. Suami saya bukan kaki pancing, so kami  lalu jer kat tepian kolam tu.. tengok jer orang memancing.

Lengkap sudah percutian bajet kami selama 2 hari 1 malam. apapun kami ENJOY.. Alhamdulillah.




Lama tak jenguk ke sini.. kekangan masa dan kerja membantutkan usaha mama untuk mencoret kenangan di laman ini.. biar dah lama dan bermacam- macam peristiwa berlalu,  tapi mama nak juga selit kat sini agar peristiwa yang di lalui tetap utuh tersimpan dalam ni untuk tatapan di masa hadapan.

CAMERON HIGHLAND, PAHANG

Sesekali tukar udara.. ke tanah tinggi Cameron, tapi tempat ni tak der la sejuk sangat seperti dulu- dulu.. biasa- biasa aje.. perjalanan dari Gua Musang ke tanah tinggi amik masa lebih kurang 1 jam 40 minit  jer.. 

Terus ke tanah tinggi, menjenguk ladang teh sekejap.. kalau ke Cameron tak jenguk ladang teh rasa cam tak sah jer.. 
Singgah jap kat Bharat Plantation

Kami bawa bekal siap- siap dari rumah dan berhenti makan di taman rekreasi Tanah Rata. Selesa pulak makan kat sini, buka bekal kat meja yang disediakan, menikmati nasi ulam budu ngan angin sepoi- sepoi bahasa, tenang dan menyelerakan.Lupa pulak nak snap gambar masa makan tu.. laporr agaknya.. Kat bawah ni ada sket gambar taman rekreasi tempat kami berhenti menjamu selera.. Semua dah kenyang.. tu yang possing sakan.






Tak banyak sangat tempat yang kami singgah, sebab kami dah beberapa kali datang sini.. sempat ler singgah  di satu tempat ni yang sebelum ni kami tak tau kewujudannya.. acecece..  huhu.. Kami singgah di Taman Agroteknologi MARDI. Bayaran tiket masuk RM3 (dewasa) dan rm1.50 (kanak- kanak).. berbaloi la.. kat dalam ni ada macam- macam jenis pokok yang rata- rata ada kat lain tempat di sekitar Cameron. So, kalau malas nak berehnti banyak- banyak tempat, kat sini pn dan memadai.. tapi pokok teh tu tak der la ya.

Kat sini juga ada jual pokok- pokok bunga dan barang- barang jualan lain macam kat tempat lain juga la.. so, kalau nak membeli buah tangan tu, kat sini pun dah ada.. 


Arjuna

Mama ngan Abah nak possing jugak
bersama arjuna













Lepas abis jelajah kat Taman Agroteknologi MARDI tu, kami bergerak turun... sebelum meneruskan perjalanan balik, singgah sekejap kat tepi jalan yang banyak deretan kedai tu,  beli jagung mutiara dan ubi keledek..


GUA MADU, KAMPUNG BATU PAPAN, GUA MUSANG

Sesekali bawa arjuna menyantuni alam. kami bawa diorang ke kaki bukit batu. tempat ni dekat jer ngan kediaman kami, tapi jarang sekali menjengah ke sini.. ianya di namakan sebagau 'Gua Madu' yang terletak di kampung Batu Papan dalam daerah Gua Musang. 

Apa yang unik kat sini?? Ianya terletak di kawasan agak terpencil. Deretan gunung yang di dinding- dindingnya terdapat tompokan- tompokan  sarang lebah yang bergantungan.. sebab tu lah agaknya tempat ni di beri nama jolokan yang sedemikian. 

Pengunjung ke sini kebanyakan orang tempatan, mungkin orang luar belum ramai yang mengetahui kewujudan tempat ni. terdapat sebuah kedai makan dan medan ikan bakar kat sini, dari segi rasa, khabarnya boleh tahan jugak.. saya sendiri belum pernah merasa.. huhu..

Di tepi deretan gunung ini, terdapat sebatang sungai. kalau dulu saya pernah datang bawa anak mandi manda kat sini, airnya sejuk dan tak lah dalam sangat.. sesuai untuk budak- budak. tapi masa saya pergi kali ni, tak der nampak pulak orang mandi.. mungkin kerana musim hujan kot.. tak sesuai untuk mandi.. 

Diorang??? emmm.. ke mana jer tempat yang kami bawakan, mesti teruja dan nak explore.. 


Kat atas tu ada pintu gua.. kalau berani boleh jer masuk.

Hamboiiii nakkk..

Ahad, 28 Februari 2016



LANGKAWI

Dah lama tak jenjalan makan angin, sempena cuti tahun baru cina... kami plan percutian ke bumi Mahsuri, Langkawi.

Sampai  di jeti Kuala Perlis seawal jam 7.00 pagi. Masuk jer simpang ke jeti, beberapa buah motor dah follow kami, terkejut jugak masa tu... rupanya diaorang nak tawarkan khidmat parking kete.. huhu... Kadar sewa tempat parking kereta masa tu dalam RM10/hari. Menjangkakan percutian kali ni pasti penuh sesak ngan pengunjung yang sama- sama akan bercuti ke sana,  kami awal- awal lagi beli online jer tiket feri (http://ticket.langkawiferryline.com) Ngam-ngam ler.. tak perlu tunggu lama tuk naik feri.. jam 8.15 feri dah mula bertolak ke Langkawi. Perjalanan ke sana amik masa selama lebih kurang 1jam 15 minit.

Ni senarai kadar harga tambang feri

Sampai kat jeti Pulau Langkawi.. menapak lah kami di bumi Mahsuri.. Tak payah pening nak cari kete sewa pandu sendiri.. turun jer dari feri tu dah berduyun- duyun penyewa keta cari customer.. pilih jer nak yang mana...  kami masa tu amik kereta wira ngan kadar harga sewa RM60.00/hari.. ok lah tu... sib baik kami pergi sana sebelum musim kemuncak tahun baru cina iaitu pd 05hb-07 Feb 2016 dapat la ngan kadar harga sewa  biasa..alhamdulillah..

Sempat aje dia memain yer..
Menapak di Jeti Langkawi
Keta dah dapat, badan pun letih, mata pun ngantuk... cari homestay dulu... kami dah tempah homestay sebulan awal... nginap kat The BV- A Langkawi Homestay, Pantai Cenang. Ok la.. homestay ni... dikelilingi sawah padi.. udara segar dan nyaman.. memang betul- betul suasana kampung... sesekali dapt tengok kapal terbang mendarat dan berlepas..

Dari depan Homestay.. dapat lihat sawah padi dan flight



BV- A Langkawi Homestay
Alhamdulillah, Kadar sewa homestay  pun agak berbaloi- baloi.. hanya RM160/mlm.. Ada 2 bilik tidur ber 'air-cond' dan cukup- cukup selesa.

Selepas rehatkan badan sekejap, petang tu kami keluar ke Underwater world. tiket masuk kami dah beli online siap- siap sebab ingat orang ramai, malas nak beratur. rupanya bila datang sini x der orang pun.. huhu..apapun... Nazeil, Fahmie dan Zikrie memang enjoy kat sini.. tengok macam- macam hidupan laut  yang sebelum ni diorang hanya tengok kat tv jer. Alhamdulillah.. anak suka mama setuju..






Keluar dari Underwater world, jenguk jap kat 'Makam Mahsuri' emm... tengah renovate... kami tak masuk pun.. pusing- pusing kat luar tu jer.. cuci mata kat bazar depan tu.. tak der gambo ya, phone dah nazak baterinya..  Malamnya, kami pusing- pusing lagi... makan malam kat depan Plaza HIG dan  jenguk kat HIG sekejap.. terus balik zzzzz.. penat...

Esoknya, pagi- pagi terus ke tempat yang dinanti- nantikan.. Cable car (Skycab/skyrex)... alahai.. sesampainya kami kat sini.. terkejut jgk tengok berderet panjang beraturnya.. nak tak nak terpaksa ler beratur.. nasib badan ler.. nak beli online tak boleh pulak tiket cable car ni. Emmmm.. boleh tahan harga tiket kat sini... alang- alang dah sampai... dan demi si adik Zikrie yang belum jejak kaki ke sini.. tunaikan jugak..Cuaca hari tu memang baik.. kami selamat sampai ke puncak Gunung Mat cincang dengan jayanya walau pun berdebar dan gayat jugak sepanjang berada dalam cable car tu.. Dari atas gunung Mat Cincang dapat tengok pandangan yang sangat indah terasa kagum dengan ciptaan Ilahi.
 





Walaupun bayaran tiket agak mahal, tapi rasa berbaloi la.. sebab bukan jer dapat naik cable car, sementara tunggu giliran untuk naik cable car, dapat ler masuk 'Sky dome' konon- konon naik roller coster gitu.. huhu.. bagi yang ada penyakit gayat boleh ler nak berangan naik roller coster bila berada dalam sky dome nih..  
Ni hah kat atas kepala tu ghopernyer 'Sky Dome'

Selesai cerita 'Sky Dome' dan 'Cable Car', kat bahagian bawah ni ada 'Sky Rex'.. Kalau nak masuk awal- awal selepas beli tiket tu pun boleh sebenarnya.. tapi time tu bersusun pengunjung tengah  tunggu turn. tu yang kami terus ke Sky Dome dulu.

Wahhh.. Sky Rex memang amazing... walaupun sekadar  (entah berapa 'D' 3D ke 6D ke) tapi memang real jer.. masuk alam dinasour.. kuar jer memang jelas terpancar wajah enjoy pada anak- anak. Alhamdulillah.. 
Possing sket  depan Sky Rex


 Sebahagian hari ke-2 kami habiskan kat sini... lewat petang kami beransur ke tempat proses produk gamat 'Nusantara'. Kata orang tak sah la kan datang Langkawi tak beli produk gamat ni.. so, beli la sket- sket sebagai buah tangan tuk sanak saudara.



Tu dia... botol minyak gamat gergasi..

Jenguk jap tempat proses minyak gamat
Jeli Ibu Gamat
Ibu Gamat

 Dari Nusantara.. lajak sekejap ke Idaman Suri.. terapi wallet untuk mama.. ngeeee.. Emmmm... sabor lah duhai hati.. rambang mata jugak dibuatnya. dengan pinggan mangkuk, coklat yang pelbagai, cadar, baggasi dan lain- lain.. perghhhh.. sabar.. sabar..

















Emmm... amik angin  malam... kami pusing- pusing pekan Langkawi sehingga lewat malam, yang peliknya jam dah nak kul 12 mlm tp pasaraya kat sini masih rancak berurusniaga.. tak tido ke diorang nih?? Tak larat aih... balik tido ler...

Hari ketiga kami di sini.. destinasi terakhir sebelum meninggalkan bumi Mahsuri.. singgah di 'Dataran Lang'.. wah.. ramai jugak orang kat sini... jugak tengah renovate... Mercu tanda Langkawi... Melompat si adik.. tengok burung helang besar ni..

 Alhamdulillah... selesai perjalanan kami selama 3 hari 2 malam kat sini.. bertolak balik dari jeti langkawi  jam 1.30 petang.. insya Allah.. ada rezeki kami jenguk lagi..
Tiga Adam permata hati kami..
Kami... sewaktu dalam feri dari Langkawi ke jeti Kuala Perlis