Alhamdulillah, dah agak lama tak menitip khabar kat sini.. kekangan masa amat cemburu ngan kami.. namun dalam kesibukan sempat jugak selit- selit percutian tanpa dirancang.. huhu.. sempena cuti hari Keputeraan Sultan Kelantan hari tu.. kami berpeluang menjengukan diri ke tempat ni.. VILLA DANIALLA, Kandis Bachok, Kelantan.. Walaupun tempat ni berada dalam negeri kelahiran sendiri, tapi ni la first time jejak kaki..
Arjuna beta??? tak payah cakap la.. memang teruja sangat- sangat.. ada pantai, ada kolam renang... lengkaplah percutian diorang.
Tak dapat pergi Bali, Tok Bali pun jadi la..hahahaha.. ala-ala Maldives tu ada la sket-sket..
Suasana pantai kat sini memang menarik dan mendamaikan jiwa.. kolam renang pun dekat ngan pantai.. sangat lah santai...
Em... sementara Arjuna tengah syok berendam kat kolam renang tu, sempat ler kami posing sket..
Bagi yang nak berkuda, perkhidmatan sewa kuda ada disediakan kat sini, x kira masa kot.. sebab waktu pagi pun ada... petang pun ada jer kuda melilau-lilau kat tepian pantai ni. kalau tak silap sewa kuda dalam RM50.00 sejam.
Ni haaaa... keadaan kolam kat sini... ok la.. kolam ni mengadap terus ke pantai. Bahagian bawah tu disediakan tuk kanak- kanak, kat atas tu untuk dewasa.. memang dalam la airnya..
![]() | |
| Bilik penginapan.. tapi kami tak amik bilik ni.. |
![]() |
| Alahai... ni masa kat depan bilik penginapan kami |
Nak cerita pasal bilik penginapan.. kadar sewanya agak mahal sket.. tapi ok la.. sebab suasana bilik agak luas (lupa nak snap gambo), bilik air pun memang luas... so far.. kesimpulanya.. ok la jugakk..
![]() |
| Arjuna Beta : Angah, Abang dan Adik |
![]() |
| Adik ngan aksi otomennya |
![]() |
| Angah dah tunjuk skill... hahaha |
![]() |
| Abang dan Adik |
Gambar atas tu adalah view sepanjang jalan dari bilik penginapan ke pantai dan kolam mandi yang kami cerita kat atas tadi tu.. cantik jugak view kat sini..
Alhamdulillah... selesai percutian kami selama dua hari satu malam kat sini.. Apapun... kami enjoy...
















Tiada ulasan:
Catat Ulasan