PERCUTIAN KE PULAU PANGKOR.
Menapak dengan penuh excited untuk menaiki feri dari Jeti Marina ke Pulau Pangkor..
Tambang feri memang berbaloi- baloi... RM10 jer tuk dewasa RM5 tuk kanak- kanak (pergi dan balik).
Kami sewaktu dalam feri ke Pulau Pangkor.. perjalanan tak sampai 15 minit jer dah sampai ke Jeti Pulau Pangkor. Memang teruja sebab kami tak pernah merasai nikmat bercuti di Pulau... alhamdulillah.. anak- anak lagi la seronok..
Dari jeti Pangkor, kami menyewa sebuah van teksi untuk sampai ke tempat penginapan. tambang van teksi tersebut dalam RM50 (1 van boleh muat 8-10 orang). Kat sini banyak sangat chalet.. pilih jer.. yang mana berkenan di hati.. saya pilih tuk menginap di Purnama Chalet, Teluk Nipah. Booking awal- awal lagi sebab takut penuh..
Dah check in, kami keluar amik angin petang jalan- jalan di sepanjang jalan kat kawasan chalet yang juga sepanjang pantai.. kat sini terdapat banyak dereten kedai jual cenderamata dan juga kedai- kedai makan.
Lepak seketika kat tepian pantai... tengok orang main speed boat dan banana boat..
Dah puas jelajah tepian pantai, deretan kedai dan makan malam sekali, maka menapak la kami balik semua ke chalet.. Rehatkan badan dulu..
Esoknya pagi- pagi lagi kami keluar jenjelan jelajah bahagian darat Pulau Pangkor. Kami menyewa sebuah van teksi. tambang untuk satu trip jelajah ni lebih kurang RM80-100.
![]() |


Kami di bawa melawat kilang dan pusat jualan makanan laut seperti sotong kering, bilis dan banyak lagi (Gambar 1)..kami juga singgah sekejap kat mini muzium (Gambar 2.. kat dalam ni ada ler serba sedikit barang- barang lama.. macam kuali lama, kukur kelapa dan lain- lain. Pakcik van teksi tu bawa kami singgah kat Tokong Fu Ling Kong (Gambar 3) dan itu lah ghoopernyer van teksi yang saya maksudnkan.. hehehe..
![]() |
| Pusat jualan makanan laut |
Kemudian, kami di bawa lagi ke Kota Belanda dan Dutch Fort.. dapat ler tengok senibina lama.. cantik la jgk..
Menariknya kat sini ada banyak jual ikan buntal yang di awet.. cam gambar kat bawah ni ha.. cantik.. tapi nak buat apa ya?? hehehe.. saya tak beli pun.
Jelajah kami ke semua tempat tu amik masa tak sampai 2 jam.. enjoy la jugak.. yang penting pak cik van teksi tu mesra... suka bercerita dan bagi penerangan pasal tempat- tempat yag di bawa.. ala- ala pemandu pelancong gitu.. Kembali ke chalet, luruskan urat dan belikat sekejap.. sebelum memulakan acara kemuncak yang ditunggu- tunggu oleh Arjuna beta.. snockling..
3 petang.. kami menapak dari chalet ke pesisiran pantai. usha perkhidmatan sewa bot untuk bersnokeling. sewa bot dalam RM70 -100 (ikut musim). Alhamdulillah.. benar- benar enjoy, terasa indahnya ciptaan tuhan.. hebat.. bersnokeling, intai ank- anak ikan dan ketam.. ternyata satu pengelaman baru buat kami..
Sekejap jer masa berlalu, santai- santai kami kat sini tengok jam dah kul 7.. call abang bot tu datang amik.. Sampai di pesisir pantai, terus tapau nasi, makan kat chalet jer.. semua kepenatan... Lengkap lah 3 hari 2 malam percutian kami... esok pepagi lagi check out dan bertolak pulang...










Tiada ulasan:
Catat Ulasan